Wednesday 6 March 2013

UNIT 2


UNIT 2 : MANUSIA


KEGIGIAN MANUSIA

1. Jenis- jenis Gigi dan Fungsi
  •  Kita mempunyai tiga jenis gigi iaitu :
i. Gigi kacip : fungsi gigi kacip adalah untuk memotong makanan

ii. Gigi taring : fungsi gigi taring adalah untuk menyiat makanan

iii. Gigi geraham : fungsi gigi geraham adalah untuk memecah dan melumatkan makanan



2. Set Kegigian
  • Manusia mempunyai dua set kegigian iaitu :
i. Set gigi susu
- Gigi susu mula tumbuh ketika umur bayi di antara enam hingga sepuluh bulan. Kebiasaannya, gigi susu  akan tanggal satu persatu mulai umur enam tahun.

ii. Set gigi kekal

· Gigi kekal akan tumbuh menggantikan gigi susu. Lazimnya, bilangan gigi kekal akan lengkap ketika usia mencecah 21 tahun.



3. Struktur gigi
  •  Enamel
  •  Dentin  
  • Saraf 
  • Gusi 
  • Salur darah


4. Penjagaan gigi
  •  Cara bagaimana untuk menjaga gigi supaya sihat daan cantik ialah :
i. Pilih makanan yang sesuai
   - Contoh makanan baik untuk gigi adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, susu dan ikan

ii. Menjaga kebersihan gigi
    - Amalkan : gosok gigi, guna ubat gigi, guna flos gigi, jumpa doktor gigi dan berkumur setiap kali selepas makan

2 comments:

  1. blog yg menarik, byk info berguna yg boleh dimanfaatkn oleh pelajar & guru..keep it up..

    visit my blog applemathematics.blogspot.com

    ReplyDelete