Saturday 16 March 2013

UNIT 6


UNIT 6

PENYERAPAN

Objek Menyerap Air Dan Kalis Air

  • Terdapat banyak objek di sekeliling kita. Ada objek yang boleh menyerap air dan ada objek yang kalis air.  Setiap objek diperbuat daripada bahan-bahan tertentu.
  • Contohnya, sapu tangan diperbuat daripada kain, tisu dapur diperbuat daripada kertas, pemadam diperbuat daripada getah, pembalut gula-gula diperbuat daripada plastic, guli diperbuat daripada kaca dan kunci diperbuat daripada logam. Bahan-bahan ini ada yang menyerap air dan ada yang kalis air.
          Objek Menyerap Air   : Contohnya sapu tangan, tisu dapur dan tuala tangan   
          Objek Kalis Air            : Contohnya pemadam, skru logam, dan pembalut gula-gula



Keupayaan Menyerap Air

Setiap bahan mempunyai keupayaan menyerap air yang berbeza. Contohnya, span lebih cepat menyerap air berbanding kertas.

Kepentingan Dalam Kehidupan
  • Bahan yang menyerap air dan bahan yang kalis air penting dalam kehidupan kita. Contohnya, kain merupakan bahan yang menyerap air sesuai digunakan sebagai kain pengelap, baju sesuai untuk menyerap peluh dan sebagainya. 
  • Manakala bahan yang kalis air juga penting, contohnya getah digunakan sebagai tayar kenderaan, logam sebagai paip atau singki di rumah dan sebagainya.



7 comments:

  1. Terima kasih kerana sanggup berkongsi bahan....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak-banyak........

    ReplyDelete
  3. Bagaimana dengan sabut kelapa cikgu? Adakah serap air atau kalis air? Terima ksih

    ReplyDelete
  4. Bagaimana dengan sabut kelapa cikgu? Adakah serap air atau kalis air? Terima ksih

    ReplyDelete
  5. Adakah span penyerap air terbaik

    ReplyDelete
  6. Bagaimana span boleh menyerap air

    ReplyDelete