Wednesday 6 March 2013

UNIT 4


UNIT 4 : TUMBUHAN

Kenali Tumbuhan
  •   Kita boleh mengenali tumbuh-tumbuhan dengan memerhati ciri-ciri luarantumbuhan seperti yang berikut :
a)      Jenis urat daun
o   Urat daun jejala
o   Urat daun selari
b)      Berbunga dan tidak berbunga
c)       Batang berkayu dan batang tidak berkayu
d)      Akar tunjang dan akar serabut
e)      Berbuah dan tidak berbuah

  •   Kita juga boleh mengenali tumbuh-tumbuhan dengan melihat habitatnya iaitu :
a)      Hidup di darat
b)      Hidup di air

  •   Tumbuh-tumbuhan juga boleh dikenali melalui cara tumbuhan membiak, iaitu :
a)      Daun
b)      Anak pokok
c)       Biji benih
d)      Keratan batang
e)      Batang bawah tanah
f)       Spora


Kebergantungan kepada Tumbuhan
  •   Tumbuhan sangat penting dalam kehidupan manusia dan haiwan
                                 i.            Kepentingan kepada manusia
o   Tumbuhan menyegarkan udara di sekeliling kita dan membantu menyejukkan bumi
o   Bahagian tumbuhan seperti daun, bunga, buah dan biji menjadi sumber makanan kepada manusia
o   Kayu daripada batang pokok boleh dijadikan sebagai bahan binaan dan kertas
                               ii.            Kepentingan kepada haiwan
o   Tumbuhan menjadi tempat perlindungan kepada haiwan.
o   Tumbuhan juga menjadi sumber makanan kepada haiwan

4 comments: