Saturday 16 March 2013

UNIT 8


UNIT 8

ASAS TEKNOLOGI

Set Binaan Berfungsi
  • Set binaan berfungsi ialah set binaan yang boleh bergerak atau mengangkat beban. Terdapat tiga perkara yang perlu kita ketahui sebelum membina model dalam set binaan berfungsi, iaitu :
  1.  Manual                   - sebelum membina model, kita perlu membaca manual. Manual akan menerangkan kandungan di dalam set. Kandungan di dalam set terdiri daripada bilangan komponen, contoh model, langkah pemasangan dan teknik penyimpanan.
  2. Komponen               - komponen merupakan alatan bahan yang digunakan untuk membina sesuatu model. Untuk membina model komponen-komponen tertentu haruslah disusun dan dipasang dengan teratur dan cermat  
  3. Bekas Penyimpanan - hasil binaan yang telah dibuka hendaklah disimpan di dalam bekas penyimpanan. Laporkan segera kepada guru sekiranya ada komponen yang tercicir, hilang atau rosak. Set binaan yang disimpan dengan cermat dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang.


4 comments: