Saturday 16 March 2013

UNIT 7

UNIT 7

TANAH
 Tanah ialah bahan yang terdapat di permukaan bumi. Tanah sangat penting dalam kehidupan.

Jenis-Jenis Tanah
Terdapat beberapa jenis tanah di sekeliling kita, contohnya tanah liat, tanah kebun dan pasir.

Pengaliran Air Dalam Tanah
Tanah membenarkan air melaluinya. Keupayaan air mengalir setiap tanah adalah berbeza.
Tanah Liat           : pengaliran air yang paling lambat
Tanah Kebun     : pengaliran air yang sederhana
Pasir                      : pengaliran air yang paling laju

Kesesuaian Tanah
  • Kita perlu memilih tanah yang sesuai dengan tumbuhan supaya tanaman yang kita tanam boleh hidup subur. Tumbuhan-tumbuhan mempunyai tabiat pertumbuhan yang tersendiri
  • .Contohya, pokok padi memerlukan air yang banyak semasa membesar dan akarnya sesuai berendam dalam air bertakung. Tanah yang sesuai untuk menanam pokok padi ialah tanah liat. 
  • Pokok kaktus pula tidak memerlukan air yang banyak kerana batangnya boleh menyimpan air. Tanah yang sesuai untuk menanam pokok padi ialah tanah pasir.
  • Manakala  pokok jagung memerlukan air yang banyak untuk membesar tetapi akan mati jika akarnya terendam dalam air. Tanah yang sesuai untuk menanam pokok padi ialah tanah kebun.

9 comments: